mmg bez ble ade yg lurve diri kt...:).. but cmne if kt lak lurve other person..??huurmm...
ok,to make it easy kt label kn yg lurve me is {H}, yg ak syg lak {A}...
{H} n me penh couple 4 almost 3 years n some how another lg 3 days nk jejak 3 years 2 gather,ak mintk break....coz muncul {A} dlm my life..ok,i admit MY fault..!!
but,ak xpenh lost cntct dgn {H},coz ak dh biase dgn die...die sll jd tempt ak ekpress myself...
{A} lak,ak bru knal die....he lurve me too but die xpndai show....kire die pendm n jrg luahkn...
tue yg sumtimes wat ak rse he doesnt lurve me wit all his heart..
..??
skrung ak dh jd confuse sgt2.....coz ak igtkn ak syg kn {A} sje...but apparently i lurve both of them...tamak kn ak nie...huurmm....
tp yg {H},die ckp nk tunggu ak smpai bile2....klau kowg dgr,mesty kowg rse ridiculous kn..??xkn happen nyeer...but,he's diffrent..he will do it...!! yg {A} lak...srius gak dgn ak....ckp nk future wif me..hmm...
dieowg 2 owg nie sgt2 la berbeze...{H} kuat jeles..{A} xjelez sgt...{H} mesty mcm ade kongkong ak skit..{A} bg kebebasan tp sll pesan kat ak jge dri n jgn noty2..yg plg interestng {H} amt dsenangi oleh family ak, {A} lak ak xtawu coz xpenh bwk die jumpe...but my mum ckp she like {H} lg...siap suh ak blik kat {H} blik......
4 now,ak xcouple dgn due2...ak stay as frenz je...tp mesre punyeerr...ak rse klau tol2 let go {H} cm rugi gak coz die mmg ade ciri2 husband yg terbaek...
klau let go {A} pown rugi,coz he's really interestng to be wif...die wat ak x buhsan...
hmmm...sowg mintk ak blik kat die...sowg lg mintk ak couple dgn die...huurrmmm...
i cant choose...runsing2.....huhu...
hmm.....really hope i will choose da rght 1....!!i dun want to regret.....
Sebagai contoh, kefardhuan menunaikan ibadah sembahyang lima waktu sehari semalam, walaupun dalam keadaan sakit, musafir dan peperangan ataupun berlaku bencana alam adalah wajib. Tanggungjawab seorang muslim itu secara idealisme wajib menunaikan sembahyang lima waktu dalam apa keadaan dan situasi sekalipun.
Namun begitu, atas dasar fitrah manusia yang lemah dan mungkin ada keperluan lain yang mendesak dalam kehidupan harian seperti bermusafir, maka Allah telah memberi keringanan untuk solat secara duduk dan berbaring bagi mereka yang sakit serta uzur. Solat juga boleh didirikan secara Qasar dan Jamak bagi orang yang bermusafir. Ini memberi gambaran bahawa Al-Waqi’iyyah itu di ambil perhitungan oleh Syariat Islam bagi membolehkan seseorang itu melaksanakan sesuatu perkara walaupun tidak secara ideal.
Al-Quran juga menafikan setiap keberatan dalam syariat sebagaimana menafikan kesulitan dan ketidakmampuan tetapi Islam menetapkan keringanan dan kemudahan. Allah s.w.t berfirman, ketika Dia memberikan ‘rukhsoh’ dalam ibadah puasa bagi yang sakit dan musafir:
Bermaksud: “…dan barangsap sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran…”
Waqi'iyah juga bermaksud ajaran Islam adalah bersifat praktikal dan sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia. Apa-apa persoalan yang ditimbulkan oleh manusia yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka dapat diselesaikan oleh Islam melalui ajaran-ajarannya yang benar dan tepat sekali.
Misalnya bagi menyelamatkan nasab dan keturunan manusia Islam menyarankan berumah tangga dan mengharamkan zina serta meletakkan hukum rejam atau sebat bagi penzina dengan tujuan menjaga kehormatan manusia.
Ajaran Islam tidak ada kesangsian dan syak wasangka pada kebenaran dan pelaksanaanya. Segala peraturan yang di buat oleh Islam sama ada ibadat, sosial, pentadbiran dan seumpamaya adalah menepati kehendak manusia.
PRINSIP WAQI’IYAH
Antara prinsip-prinsip waqi’iyah ialah:
1.Ajaran Islam bersifat praktikal.
Islam sentiasa mengambil kira kedudukan dan kemampuansebenar manusia yang
mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Oleh itu, Islam menetapkan batas kesempurnaan dan kewajipan yang paling minima untuk dilakukan oleh manusia
2.Ajaran Islam menyelesaikan masalah manusia.
Islam sentiasa menyediakan cara dan jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia melalui al-Quran dan al-Hadis Rasulullah saw.
3.Islam menekankan kesederhanaan.
Islam sentiasa mengariskan keseimbangan antara kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat, antara hak individu dan masyarakat dan sebagainya.
4.Islam sentiasa positif terhadap pemikiran manusia .
Islam sentiasa mengalakkan umatnya supaya meningkatkan daya pemikiran yang tinggi, kreatif dan inovatif
BUKTI ISLAM BERSIFAT WAQI’IYAH.
Islam bersifat Waqi’iyah dpt dibuktikan dari 3 segi iaitu:
1) Perundangan
- Perundangan Islam dapat diterima dan amalkan oleh semua manusia.
- Islam mementingkan keadilan sejagat.
- Keadilan Islam bersifat menyeluruh.
- Islam sentiasa membela kebenaran dan menentang kebatilan.
2) Sosial
- Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.
- Islammemberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan kepercayaan
masing-masing.
-Islam memberi kebebasan kepada individu untuk mengeluarkan pendapat selagi
tidak bercanggah dengan syarak..
-Islam memberi kebebasan kepada manusia untukmemiliki harta yang halal.
3) Ibadat
- Setiap ibadat dilakukan mengikut kemampuan dan keadaan seseorang.
- Setiap pekerjaan yang mengcukupi syarat-syaratnya dikira sebagai ibadat.
- Setiap pekerjaan manusia akan di beri pembalasan samada di dunia ataupun di
akhirat.
ok la...stakat nie je...sori la klau x lengkap...so kowg crik la sumber laen ek...:p
nie ade panduan tok korng yg kne wat assgnmnt tjuk nie...even xperfect tp leyh la kn,jd rujukan skit..
Maksud Tasawwur:
Tasawwur ialah satu konsepsi, iaitu pemahaman yang sebenar tentang hakikat agama Islam seperti yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t di dalam Al- Quran dan perlu difahami serta dipraktikkan.
Tasawwur juga bermaksud suatu gambaran atau tanggapan atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara.
Perkataan Tasawwur ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud,iaitu:
i) Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dibayankan.
ii) Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.
iii) Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu perkara atau benda.
Pengertian kalimah Tasawwur berbeza-beza mengikut tafsiran ilmu yang tertentu. Tasawwur dari sudut pandangan ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar di dalam akal mengenai alam dan kehidupan. Dari segi ahli psikologi pula, mereka berpendapat bahawa Tasawwur ialah menggambarkan tentang suatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.
Maksud Islam :
Perkataan Islam berasal dari perkataan arab iaitu "Salima" yang bermaksud:
i) Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin.
ii) Damai dan aman atau sejahtera.
iii) Taat dan menyerah.
Terdapat banyak maksud Islam yang telah dikaji berdasarkn Al-Quran,antaranya ialah:
i)Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah s.w.t serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dan tidak dipaksa tetapi dengan rela hati .
“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83)
i)Islam adalah peraturan, perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan membentuk akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah swt, untuk disampaikan kepada umat manusia serta menceritakn mengenai dosa dan pahala
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah Ali Imran ayat 85)
ii) Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan dan ketaatan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
“Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita” (Surah al-Baqarah ayat 112)
Maksud Waqi’iyah (Realistik) :
Waqi’iyah bermaksud mengakui realiti alam ini sebagai suatu hakikat yang faktual dan realistik. Islam sentiasa mengajak manusia supayamempercayai perkarayang boleh dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas.
Contohnya mengakui realiti manusia sebagai makhluk yang mempunyai kombinasi penciptaan.. Islam juga mengakui realiti manusia yang terdiri dari lelaki dan wanita yang masing-masing mempunyai proses pembentukan, kecenderungan dan tugas tersendiri di dalam membangunkan masyarakat sejagat.
Waqi’iyyah juga ialah ajaran Islam adalah bersifat realiti, praktikal dan boleh sertamampudiamalkan oleh semua manusia tanpa mengira kedudukan, pangkat, bangsadan sebagainya.
Selain itu Waqi’iyah juga bermaksud Islam meletakkn manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan segala hukum hakam syarak adalah sesuatu yang dapat dilaksanakan dan dicapai oleh manusia. Islam mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat kerana manusia ada yang kuat dan ada yang lemah,maka kewajiban orang yang lemah adalah mengikut kemampuannya dan tidak akan diberatkn lebih daripada itu. Seperti firman Allah s.w.t :
“Allah tidak membebani seseorang (jiwa) kecuali sesuai dengan kemampuannya.”(20)