nie ade panduan tok korng yg kne wat assgnmnt tjuk nie...even xperfect tp leyh la kn,jd rujukan skit..
Maksud Tasawwur:
Tasawwur ialah satu konsepsi, iaitu pemahaman yang sebenar tentang hakikat agama Islam seperti yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t di dalam Al- Quran dan perlu difahami serta dipraktikkan.
Tasawwur juga bermaksud suatu gambaran atau tanggapan atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara.
Perkataan Tasawwur ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud,iaitu:
i) Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dibayankan.
ii) Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.
iii) Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu perkara atau benda.
Pengertian kalimah Tasawwur berbeza-beza mengikut tafsiran ilmu yang tertentu. Tasawwur dari sudut pandangan ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar di dalam akal mengenai alam dan kehidupan. Dari segi ahli psikologi pula, mereka berpendapat bahawa Tasawwur ialah menggambarkan tentang suatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.
Maksud Islam :
Perkataan Islam berasal dari perkataan arab iaitu "Salima" yang bermaksud:
i) Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin.
ii) Damai dan aman atau sejahtera.
iii) Taat dan menyerah.
Terdapat banyak maksud Islam yang telah dikaji berdasarkn Al-Quran,antaranya ialah:
i) Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah s.w.t serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dan tidak dipaksa tetapi dengan rela hati .
Firman Allah swt:
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83)
i) Islam adalah peraturan, perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan membentuk akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah swt, untuk disampaikan kepada umat manusia serta menceritakn mengenai dosa dan pahala
Firman allah swt:
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah Ali Imran ayat 85)
ii) Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan dan ketaatan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
Firman Allah swt:
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita” (Surah al-Baqarah ayat 112)
Maksud Waqi’iyah (Realistik) :
Waqi’iyah bermaksud mengakui realiti alam ini sebagai suatu hakikat yang faktual dan realistik. Islam sentiasa mengajak manusia supaya mempercayai perkara yang boleh dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas.
Contohnya mengakui realiti manusia sebagai makhluk yang mempunyai kombinasi penciptaan.. Islam juga mengakui realiti manusia yang terdiri dari lelaki dan wanita yang masing-masing mempunyai proses pembentukan, kecenderungan dan tugas tersendiri di dalam membangunkan masyarakat sejagat.
Waqi’iyyah juga ialah ajaran Islam adalah bersifat realiti, praktikal dan boleh serta mampu diamalkan oleh semua manusia tanpa mengira kedudukan, pangkat, bangsa dan sebagainya.
Selain itu Waqi’iyah juga bermaksud Islam meletakkn manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan segala hukum hakam syarak adalah sesuatu yang dapat dilaksanakan dan dicapai oleh manusia. Islam mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat kerana manusia ada yang kuat dan ada yang lemah,maka kewajiban orang yang lemah adalah mengikut kemampuannya dan tidak akan diberatkn lebih daripada itu. Seperti firman Allah s.w.t :
“Allah tidak membebani seseorang (jiwa) kecuali sesuai dengan kemampuannya.”(20)
(Surah Al-Baqarah: 286)
sampai sini dulu...so yg dpt tjuk cmnie leyh la...wat panduan...or copy paste...lg senng kn..hahaha :P
No comments:
Post a Comment