10 August 2010

sambungan tassawwur

nie yg selebeyh nye ek....huhu....



Sebagai contoh, kefardhuan menunaikan ibadah sembahyang lima waktu sehari semalam, walaupun  dalam keadaan sakit, musafir dan peperangan ataupun berlaku bencana alam adalah wajib. Tanggungjawab seorang muslim itu secara idealisme wajib menunaikan sembahyang lima waktu dalam apa keadaan dan situasi sekalipun.

Namun begitu, atas dasar fitrah manusia yang lemah dan mungkin ada keperluan lain yang mendesak dalam kehidupan  harian seperti bermusafir, maka Allah telah memberi keringanan untuk solat secara duduk dan  berbaring  bagi mereka yang sakit serta uzur. Solat juga boleh didirikan secara Qasar dan Jamak bagi orang yang bermusafir. Ini memberi gambaran bahawa Al-Waqi’iyyah  itu di ambil perhitungan oleh Syariat Islam bagi membolehkan seseorang itu melaksanakan sesuatu perkara walaupun tidak secara ideal.    

Al-Quran juga menafikan setiap keberatan dalam syariat sebagaimana menafikan kesulitan dan ketidakmampuan tetapi Islam menetapkan keringanan dan kemudahan. Allah s.w.t berfirman, ketika Dia memberikan ‘rukhsoh’ dalam ibadah puasa bagi yang sakit dan musafir:

Bermaksud: “…dan barangsap sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya  berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari    yang lain, Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran…”


Waqi'iyah juga bermaksud ajaran Islam adalah bersifat praktikal dan sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia. Apa-apa persoalan yang ditimbulkan oleh manusia yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka dapat diselesaikan oleh Islam melalui ajaran-ajarannya yang benar dan tepat sekali.                                                                      
Misalnya bagi menyelamatkan nasab dan keturunan manusia Islam menyarankan berumah tangga dan mengharamkan zina serta meletakkan hukum rejam atau sebat bagi penzina dengan tujuan menjaga kehormatan manusia.                                                  
Ajaran Islam tidak ada kesangsian dan syak wasangka pada kebenaran dan pelaksanaanya. Segala peraturan yang di buat oleh Islam sama ada ibadat, sosial, pentadbiran dan seumpamaya adalah menepati kehendak manusia. 



PRINSIP WAQI’IYAH
Antara prinsip-prinsip waqi’iyah ialah:
1.      Ajaran Islam bersifat praktikal.
Islam sentiasa mengambil kira kedudukan dan kemampuan sebenar manusia yang
mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Oleh itu, Islam menetapkan batas kesempurnaan dan kewajipan yang paling minima untuk dilakukan oleh manusia

2.      Ajaran Islam menyelesaikan masalah manusia.
Islam sentiasa menyediakan cara dan jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia melalui al-Quran dan al-Hadis Rasulullah saw.

3.      Islam menekankan kesederhanaan.
Islam sentiasa mengariskan keseimbangan antara kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat, antara hak individu dan masyarakat dan sebagainya.

4.      Islam sentiasa positif terhadap pemikiran manusia .
Islam sentiasa mengalakkan umatnya supaya meningkatkan daya pemikiran yang tinggi, kreatif dan inovatif 




BUKTI ISLAM BERSIFAT WAQI’IYAH.

 Islam bersifat Waqi’iyah dpt dibuktikan dari 3 segi iaitu:

1) Perundangan
- Perundangan Islam dapat diterima dan amalkan oleh semua manusia.
-
Islam mementingkan keadilan sejagat.
-
Keadilan Islam bersifat menyeluruh.
-
Islam sentiasa membela kebenaran dan menentang kebatilan.

2) Sosial
  - Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.
  - Islam memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan kepercayaan
     masing-masing.
  -Islam memberi kebebasan kepada individu untuk mengeluarkan pendapat selagi
      tidak bercanggah dengan syarak..
  -Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk memiliki harta yang halal.

3) Ibadat
- Setiap ibadat dilakukan mengikut kemampuan dan keadaan seseorang.
- Setiap pekerjaan yang mengcukupi syarat-syaratnya dikira sebagai ibadat.
- Setiap pekerjaan manusia akan di beri pembalasan samada di dunia ataupun di
akhirat.




ok la...stakat nie je...sori la klau x lengkap...so kowg crik la sumber laen ek...:p

tassawwur islam dengan sifat waqi'iyah

nie ade panduan tok korng yg kne wat assgnmnt tjuk nie...even xperfect tp leyh la kn,jd rujukan skit..




Maksud Tasawwur:
Tasawwur ialah satu konsepsi, iaitu pemahaman yang sebenar tentang hakikat agama Islam seperti yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t di dalam Al- Quran dan perlu difahami serta dipraktikkan.
Tasawwur juga bermaksud suatu gambaran atau tanggapan atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara.

Perkataan Tasawwur ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud,iaitu:
i) Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dibayankan.
ii) Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.
iii) Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu perkara atau benda.

Pengertian kalimah Tasawwur berbeza-beza mengikut tafsiran ilmu yang tertentu. Tasawwur dari sudut pandangan ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar di dalam akal mengenai alam dan kehidupan. Dari segi ahli psikologi pula, mereka berpendapat bahawa Tasawwur ialah menggambarkan tentang suatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.




Maksud Islam :

Perkataan Islam berasal dari perkataan arab iaitu "Salima" yang bermaksud:
i)                     Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin.
ii)                   Damai dan aman atau sejahtera.
iii)                 Taat dan menyerah.

Terdapat banyak maksud Islam yang telah dikaji berdasarkn Al-Quran,antaranya ialah:

i)                    Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah s.w.t serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dan tidak dipaksa tetapi dengan rela hati .
      Firman Allah swt:
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83) 


i)                    Islam adalah peraturan, perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan membentuk akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah swt, untuk disampaikan kepada umat manusia serta menceritakn mengenai dosa dan pahala
                  Firman allah swt: 
 وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah Ali Imran ayat 85)

ii)                   Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan dan ketaatan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
                   Firman Allah swt: 
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita”   (Surah al-Baqarah ayat 112) 




Maksud Waqi’iyah (Realistik) :
Waqi’iyah bermaksud mengakui realiti alam ini sebagai suatu hakikat yang faktual dan realistik. Islam sentiasa mengajak manusia supaya mempercayai perkara yang boleh dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas.
 Contohnya mengakui realiti manusia sebagai makhluk yang mempunyai kombinasi penciptaan.. Islam juga mengakui realiti manusia yang terdiri dari lelaki dan wanita yang masing-masing mempunyai proses pembentukan, kecenderungan dan tugas tersendiri di dalam membangunkan masyarakat sejagat.
 Waqi’iyyah juga ialah ajaran Islam adalah bersifat realiti, praktikal dan boleh serta mampu diamalkan oleh semua manusia tanpa mengira kedudukan, pangkat, bangsa dan sebagainya.
Selain itu Waqi’iyah juga bermaksud Islam meletakkn manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan segala hukum hakam syarak adalah sesuatu yang dapat dilaksanakan dan dicapai oleh manusia. Islam mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat kerana manusia ada yang kuat dan ada yang lemah,maka kewajiban orang yang lemah adalah mengikut kemampuannya dan tidak akan diberatkn lebih daripada itu. Seperti firman Allah s.w.t :

“Allah tidak membebani seseorang (jiwa) kecuali sesuai dengan kemampuannya.”(20)
(Surah Al-Baqarah: 286)



sampai sini dulu...so yg dpt tjuk cmnie leyh la...wat panduan...or copy paste...lg senng kn..hahaha :P

07 April 2010

kucingku x blik...

      seriously kucing ak dh x blik....ak sgt syg kucing tue...tp terpakse redha dgn penghijrahan die...shit!!!
dh puas crik dh...kl nie mmg die majoq kaw2...adush...
                    lebeyh kurng mcm kucing ak, bell


kpd BELL pulng la kami merindui mu....
drpd ak n family...






28 March 2010

pindah..!!

      ak ade 2 ekor kucing...sekor jantan sekor btine....since bpk ak gi thailnd so ak bwk la dieowg duk umh mak ak...kire berhijrah la...pastue sekor nie si btine nie gi mlrikn dri..aduh...die tkot coz x biase kat umh bru...ak pown dok jerit2 pgll nme die..."BELL,BELL"..die pown sahut.."ngiau,ngiau"..
pastue ak nmpk la die tp kat dlm semak samun..kat dlm busut..cmne ak nk gi amik die..dh la mlm...aduh..gelap lak tue..ak pggl la suh dtg kat ak..tp die gi lari lg dlm lak..hmmm....die takot agaknye dgn suasane bru..
yg plg bangang skali,ade sekor kucin jantan nie nk ROGOL kucing ak,ade ke ptot die gi kejr kcing ak..mne x kucng ak tkot..die dlm dilemma...
skunk nie kucing ak tgh mnetap kat dlm busut tue...ak kne la pujuk die,slow talk dgn die..haish...
semlm mlm ak redha gak hutn tue..pastue die gi maen nyorok2 dgn ak..hai,siot tol la...

bell o bell blik la.....jgn la la lari2

10 March 2010

desperate ke?

td ak bru je tgk pge sowg gurl nie kat ms la...minh nie post pics die pkai singlet n panties.
ak rse plik ar,mcm xde maruah je..ak igt die nk crik bf tp kat pge die dh ade bf.
so tok pe die post cm tue,desperate ke?


ak jux terpikir,pmpn cmtue dh xde maruah ke...maen show off je dri sendri...xkn bf die x kesah dpt gf bg free show kat owg laen..hmm
maybe gurl like dat bajet hot kot..?
ak mmg x phm la..plik2 tol la..sggup post pics yg pkai undergarments je...
papepown kite renung2 kn la..

tgk pics nie,sgt creative
haha..nk la letk kat umh ak nye toilet